30 September 2010

Konvoi Raya

Yey!!Da tiba masenye hari yang ditunggu2 iaitu pada esok hari bersamaan hari Jumaat dan juga 1 Oktober. Sangat gembira kerana akhirnya perjalanan yang dirancang bakal ditempuhi..Kami dah rancang tarikh ni nak jalan raya rumah kawan2 dalam kelas memandangkan ini merupakan final sem dan juga tahun terakhir beraya rumah kawan2 secara jemaah. Ya..Mungkin inilah trip terakhir bersama rakan tersayang.. Perancangan disusun rapi oleh mereka yang berpengalaman iaitu Icip2, dan Ain..

Jentera penolak yang dinaiki kepunyaan Ashikin (Mari berjimba Ria), Wani (Wani Ratu Dangdut) dan juga Fathiah (Biasisiwa Kecil Papaku).. Kesemua jentera dinaiki oleh seramai 15 pramugari yang cantik2 belaka..15 bahgi 3 = 5..Jadi, 1 jentera dinaiki 5 orang pramugari...

Mari Berjimba Ria

Wani Ratu Dangdut

Biasiswa Kecil Papaku
 Schedule perjalanan raya:


icip2 tgh tulis plan sok..

hamper syap..

Drop la d longkang mane2

Ermm ni la schedule sebenar..
Ta sabanye rase hati nak tunggu esok..Malam ni nak packing baju..Kurung 3 pasang, towel, kasut ngan ape yek??

Selamat Berkonvoi Raya...Semoga perjalanan selamat hendaknya..Aminn....

Memoir aku & kamu...

Entri ni aku saje nak tulis sebab rasenye banyak benda yang aku perlu appriciate frenship aku dengan kawan2 kesayangan aku di maktb ni. Genap hari ini perkenalan kami 5 tahun 2 bulan 3 minggu dan 4 hari..sgt2 suke..sbb rasenye da bnyk benda n things we ol shared 2gether...bknla rasenye tp mmg btol pon.Teringat mase di Putrajaya, boleh dikatekan masa tue sume orang tak berapa rapat lagi. Ade jugakla gap yang boleh dilihat dengan mata kasar aku ni. Tapi bile da 5tahun ni..sume orang pon da matang..


Dua orang dari kami dah kawen..sgt epy 4 their..Yang lain ade jugak yang dah tunang, in relationship n even single. Memang tak dinafikan boleh la nampak ada yang da ada orang baru n macam2 status yang boleh diperkatakan. Sume bergantung pada situasi mereka. Kadang-kadang boleh dishare bersama dan adakalanya ia menjadi suatu tanda tanya. Kami sume ni epi go lucky punye orang sebab malas nak runsing2 dengan segala masalah dan follow je ape yang pihak atasan suruh wat. But sumtymes tu ade jugak la yang reveal tapi lebih banyak memendamkan perasaan dan diri. Yang penting benda tu sume tak dipersalahkan ke arah kami. 


Masing-masing dengan perangai masing2 dan ada yang boleh difahami dan ada yang sebaliknya. Tapi as a frens, jika kwn kite ada yang cacat halanya di mata mereka, mereka cuba menasihatinya semampunya..Yang penting ikhlas. Persahabatan itukan indah. Tanpa kawan tak  mungkin ada saat yang boleh dikongsi bersama tak kisahlah suka atau duka. Tapi kalau mereka tiada, mungkin kita akan jadi sendiri. Tiada benda yang boleh dikongsi bersama. Even parents pon, tak sume yang boleh kita kongsi...But kami hepi menjadi kawan selama bertahun yang dilalui. Dan hupfully frenship ni sampai bile2 pon..




Yam's wedding!

Zue's engagement!

Nite guls hangout!

Jln2 cari makan!

Math nite..US..

happiness

Mase muda2 dlu..

Una, Dila, Li2, Dewi, Manis..MERDEKA ke49

Trip to KL


BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI PANDAI2LA JAGE DIRI..lebiu GULS!!!

29 September 2010

Berkisah tentang fesyen, may be aku tergolong dalam orang yang kurang berfesyen..Dalam erti kata lain, aku ni agak selekeh sikit..Tak kesah sangat pasal tue sume sampaikan orang ingat aku ni sekadar remaja bawahan umur. Memandangkan ketinggian aku yang cuma hanya 156 cam dan mempunyai berat dalam lingkungan 40-48 kg, aku agak malas untuk menampilkan diri. Ya..bagi aku kadang-kadang aku perlukan fesyen untuk mematangkan diri aku ni.

Memang mak ayah agak bising kerana mungkin duit aku banyak mengalir ke sudut pakaian. Tetapi hakikatnya, aku menafikan kerana pada aku makan pakai ku sudah tidak cukup. Kerana Denisha kesayanganku. Walaupun ianya bukanlah nama aku, tapi aku tetap menyayanginya sebab aku yang bayar tiap-tiap bulan. dan sentiasa ada dengannya tiap waktu. Bagi aku agak sukar untuk memiliki kereta sewaktu beljar tambahan pula tiada bantuan kewangan dari PaMa. (so jgn ikut cara aku ni ye..I got my own reason nape aku pakai kete waktu belajar). Dari sudut perbelanjaan pakaian, aku terpaksa mengurangkan hampir 70% daripada duit itu. Sigh, mungkin aku terpaksa berperang dengan perkataan 'shopping', 'sale' dan juga jom g JJ/tesco/jln2/mane2 la yang leh membuatkan aku keluar duit banyak kerana pakaian..Katakan tidak..

Tapi, aku memang nak sangat bergaya ala orang dah matang kerana nak sesuaikan dengan umur aku. Aku sudah 23 tahun.Jadi mesti up 2 date..susah la sikit untuk mencari saiz yang sesuai..Lagipun M bukan S. So aku rase aku dah start beli barang-barang yang aku rase nak pakai and up to date sikit la...Berangan jela...Tapi tahun depan bila dah ada gaji, confirm perkataan yang aku haramkan 2 akan dihalalkan jua.

erm nk ala2 timur/barat
comey!



bile dapat pakai?ngan husband kot

small but nice!













27 September 2010

Episod Luka Itu

Pedih skali hati ini untuk berbicara..tak terungkap segala-galanya..Apa yang aku rasa sekarang ini tidak aku pasti apakah seterusnya diari hatiku akan tertulis. Walau bagaimanapun, aku tetap tabah mengikuti jejak hati ini. Mungkin ini sudah takdir aku dengan dia. Kenapa perlu aku merintih dan menangis sedangkan perkenalan itu hanya berbunga selama tiga bulan sahaja?Ada kerinduan di situ.Ada kasih sayang di situ.Namun aku akur dengan kehendaknya.Tapi aku tidaklah semurah yang dikatakan.Kata-kata yang dilontar membuatkan jiwa aku berdarah tanpa henti. Ada duri di situ.Aku tidak seperti yang disangka. Mungkin kerinduan dan kasih sayang, ada noktah yang hadir.

Walhal, sedang hati berbaja subur, mengapa kelukaan ini yang perlu aku hadapi. Teringat kembali di awal pertemuan yang tak mungkin aku jangkakan. Bila keresahan melanda, kan kutatap segala gambarnya.Walaupun dia sudah berkeluarga, tidak mengerti mengapa hati ini ingin memiliki kasih yang sudah tentu kepunyaan orang lain. Tidak mengerti mengapa hati ini bersedia untuk berkongsi kasih sayang.,Ya..aku ingin memiliki dia.Bukan kerana hartanya, bukan kerana rupanya.Tetapi aku ingin memilikinya kerana jiwanya, kasih sayangnya dan juga hati budinya. Bukan kerana dia dan hartanya. Tapi apakan kuasa yang aku miliki.Tidak sesempurna insan lain, aku terpaksa akur yang dia mungkin bukan takdirku. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku dan melayan segala karenah aku.


Tetapi ada hujan yang turun dari mata ini. Bergenang seperti lautan yang mempunyai jutaan liter air. Bagaimana untuk aku teruskan hidup ini. Aku bahagia bersamanya berbanding insan yang dulu aku pernah cintai, A. Tetapi sebenci mana pun N dengan aku, aku akan tetap menyayangi dirinya. Merindui dan mengasihi dirinya. Akan aku bawa hati ini. Tidak sabar rasanya untuk aku keluar dari segala-galanya. Sabar ye Manisah. Mungkin ini takdirmu. Ye.Suatu hari aku ingin kembali kepada dirinya. Dan pada masa itu, mungkin jua diri ini ada kelemahan yang telah diperbaiki.. Terimalah aku seadanya..