30 September 2010

Konvoi Raya

Yey!!Da tiba masenye hari yang ditunggu2 iaitu pada esok hari bersamaan hari Jumaat dan juga 1 Oktober. Sangat gembira kerana akhirnya perjalanan yang dirancang bakal ditempuhi..Kami dah rancang tarikh ni nak jalan raya rumah kawan2 dalam kelas memandangkan ini merupakan final sem dan juga tahun terakhir beraya rumah kawan2 secara jemaah. Ya..Mungkin inilah trip terakhir bersama rakan tersayang.. Perancangan disusun rapi oleh mereka yang berpengalaman iaitu Icip2, dan Ain..

Jentera penolak yang dinaiki kepunyaan Ashikin (Mari berjimba Ria), Wani (Wani Ratu Dangdut) dan juga Fathiah (Biasisiwa Kecil Papaku).. Kesemua jentera dinaiki oleh seramai 15 pramugari yang cantik2 belaka..15 bahgi 3 = 5..Jadi, 1 jentera dinaiki 5 orang pramugari...

Mari Berjimba Ria

Wani Ratu Dangdut

Biasiswa Kecil Papaku
 Schedule perjalanan raya:


icip2 tgh tulis plan sok..

hamper syap..

Drop la d longkang mane2

Ermm ni la schedule sebenar..
Ta sabanye rase hati nak tunggu esok..Malam ni nak packing baju..Kurung 3 pasang, towel, kasut ngan ape yek??

Selamat Berkonvoi Raya...Semoga perjalanan selamat hendaknya..Aminn....

Memoir aku & kamu...

Entri ni aku saje nak tulis sebab rasenye banyak benda yang aku perlu appriciate frenship aku dengan kawan2 kesayangan aku di maktb ni. Genap hari ini perkenalan kami 5 tahun 2 bulan 3 minggu dan 4 hari..sgt2 suke..sbb rasenye da bnyk benda n things we ol shared 2gether...bknla rasenye tp mmg btol pon.Teringat mase di Putrajaya, boleh dikatekan masa tue sume orang tak berapa rapat lagi. Ade jugakla gap yang boleh dilihat dengan mata kasar aku ni. Tapi bile da 5tahun ni..sume orang pon da matang..


Dua orang dari kami dah kawen..sgt epy 4 their..Yang lain ade jugak yang dah tunang, in relationship n even single. Memang tak dinafikan boleh la nampak ada yang da ada orang baru n macam2 status yang boleh diperkatakan. Sume bergantung pada situasi mereka. Kadang-kadang boleh dishare bersama dan adakalanya ia menjadi suatu tanda tanya. Kami sume ni epi go lucky punye orang sebab malas nak runsing2 dengan segala masalah dan follow je ape yang pihak atasan suruh wat. But sumtymes tu ade jugak la yang reveal tapi lebih banyak memendamkan perasaan dan diri. Yang penting benda tu sume tak dipersalahkan ke arah kami. 


Masing-masing dengan perangai masing2 dan ada yang boleh difahami dan ada yang sebaliknya. Tapi as a frens, jika kwn kite ada yang cacat halanya di mata mereka, mereka cuba menasihatinya semampunya..Yang penting ikhlas. Persahabatan itukan indah. Tanpa kawan tak  mungkin ada saat yang boleh dikongsi bersama tak kisahlah suka atau duka. Tapi kalau mereka tiada, mungkin kita akan jadi sendiri. Tiada benda yang boleh dikongsi bersama. Even parents pon, tak sume yang boleh kita kongsi...But kami hepi menjadi kawan selama bertahun yang dilalui. Dan hupfully frenship ni sampai bile2 pon..




Yam's wedding!

Zue's engagement!

Nite guls hangout!

Jln2 cari makan!

Math nite..US..

happiness

Mase muda2 dlu..

Una, Dila, Li2, Dewi, Manis..MERDEKA ke49

Trip to KL


BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI PANDAI2LA JAGE DIRI..lebiu GULS!!!

29 September 2010

Berkisah tentang fesyen, may be aku tergolong dalam orang yang kurang berfesyen..Dalam erti kata lain, aku ni agak selekeh sikit..Tak kesah sangat pasal tue sume sampaikan orang ingat aku ni sekadar remaja bawahan umur. Memandangkan ketinggian aku yang cuma hanya 156 cam dan mempunyai berat dalam lingkungan 40-48 kg, aku agak malas untuk menampilkan diri. Ya..bagi aku kadang-kadang aku perlukan fesyen untuk mematangkan diri aku ni.

Memang mak ayah agak bising kerana mungkin duit aku banyak mengalir ke sudut pakaian. Tetapi hakikatnya, aku menafikan kerana pada aku makan pakai ku sudah tidak cukup. Kerana Denisha kesayanganku. Walaupun ianya bukanlah nama aku, tapi aku tetap menyayanginya sebab aku yang bayar tiap-tiap bulan. dan sentiasa ada dengannya tiap waktu. Bagi aku agak sukar untuk memiliki kereta sewaktu beljar tambahan pula tiada bantuan kewangan dari PaMa. (so jgn ikut cara aku ni ye..I got my own reason nape aku pakai kete waktu belajar). Dari sudut perbelanjaan pakaian, aku terpaksa mengurangkan hampir 70% daripada duit itu. Sigh, mungkin aku terpaksa berperang dengan perkataan 'shopping', 'sale' dan juga jom g JJ/tesco/jln2/mane2 la yang leh membuatkan aku keluar duit banyak kerana pakaian..Katakan tidak..

Tapi, aku memang nak sangat bergaya ala orang dah matang kerana nak sesuaikan dengan umur aku. Aku sudah 23 tahun.Jadi mesti up 2 date..susah la sikit untuk mencari saiz yang sesuai..Lagipun M bukan S. So aku rase aku dah start beli barang-barang yang aku rase nak pakai and up to date sikit la...Berangan jela...Tapi tahun depan bila dah ada gaji, confirm perkataan yang aku haramkan 2 akan dihalalkan jua.

erm nk ala2 timur/barat
comey!



bile dapat pakai?ngan husband kot

small but nice!













27 September 2010

Episod Luka Itu

Pedih skali hati ini untuk berbicara..tak terungkap segala-galanya..Apa yang aku rasa sekarang ini tidak aku pasti apakah seterusnya diari hatiku akan tertulis. Walau bagaimanapun, aku tetap tabah mengikuti jejak hati ini. Mungkin ini sudah takdir aku dengan dia. Kenapa perlu aku merintih dan menangis sedangkan perkenalan itu hanya berbunga selama tiga bulan sahaja?Ada kerinduan di situ.Ada kasih sayang di situ.Namun aku akur dengan kehendaknya.Tapi aku tidaklah semurah yang dikatakan.Kata-kata yang dilontar membuatkan jiwa aku berdarah tanpa henti. Ada duri di situ.Aku tidak seperti yang disangka. Mungkin kerinduan dan kasih sayang, ada noktah yang hadir.

Walhal, sedang hati berbaja subur, mengapa kelukaan ini yang perlu aku hadapi. Teringat kembali di awal pertemuan yang tak mungkin aku jangkakan. Bila keresahan melanda, kan kutatap segala gambarnya.Walaupun dia sudah berkeluarga, tidak mengerti mengapa hati ini ingin memiliki kasih yang sudah tentu kepunyaan orang lain. Tidak mengerti mengapa hati ini bersedia untuk berkongsi kasih sayang.,Ya..aku ingin memiliki dia.Bukan kerana hartanya, bukan kerana rupanya.Tetapi aku ingin memilikinya kerana jiwanya, kasih sayangnya dan juga hati budinya. Bukan kerana dia dan hartanya. Tapi apakan kuasa yang aku miliki.Tidak sesempurna insan lain, aku terpaksa akur yang dia mungkin bukan takdirku. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku dan melayan segala karenah aku.


Tetapi ada hujan yang turun dari mata ini. Bergenang seperti lautan yang mempunyai jutaan liter air. Bagaimana untuk aku teruskan hidup ini. Aku bahagia bersamanya berbanding insan yang dulu aku pernah cintai, A. Tetapi sebenci mana pun N dengan aku, aku akan tetap menyayangi dirinya. Merindui dan mengasihi dirinya. Akan aku bawa hati ini. Tidak sabar rasanya untuk aku keluar dari segala-galanya. Sabar ye Manisah. Mungkin ini takdirmu. Ye.Suatu hari aku ingin kembali kepada dirinya. Dan pada masa itu, mungkin jua diri ini ada kelemahan yang telah diperbaiki.. Terimalah aku seadanya..

19 September 2010

Suatu ketika Dahulu

Hari-hari yang mendatang mungkin memberikan kegembiraan, kelukaan dan mungkin jua derita. Andainya kita tahu apa yang bakal terjadi, segala persiapan dari awal telah berjalan. Rintihan hati kecil ini tiada siapa yang sudi mendengar. Adapun pendengar yang setia mampu memberikan sepintas lalu keinsafan lalu merobek lagi hati yang sedang terluka. Tidak mungkin untuk aku membalas lagi setiap pertanyaan yang diibaratkan petir membelah langit.. Seandainya kudratku gagah melangkah, sudah lama aku menjauhkan diri dari segalanya. Namun, aku masih memimikirkan keegoaan, kehormatan serta kekurangan yang aku miliki. Setiap manusia inginkan yang terbaik untuk dirinya. Hanya berbekalkan nasihat dan juga ilmu, maka fikirlah dengan sewaras-warsnya..

Kenapa masih ada lagi kelukaan di hati walaupun jalinan kasih sayang telah gagah mencakar langit selama hampir 5 tahun?? Kenapa masih ada butiran halus kekecewaan setelah duri ranjau yang telah dilalui..Hanya mampu merenung di luar jendela dengan pandangan yang lesu dan kosong..Apakah ujian yang diberikan olehNya begitu memerlukan seribu ketabahan buat aku untuk memerangi segala bom, senjata api dan peledak soalan yang bisa meruntuhkan segala-galanya. Aku memilih dia dengan ikhlas hatiku walaupun aku tahu kekurangannya, kejahatannya, keegoaannya, kebahagiaannya, keikhlasannya, ketajaman lidahnya dan juga kerendahan zahirnya..Dengan satu kesalahan yang dilakukan olehnya, langsung menidakkan segala yang baik yang telah dilakukan..Kejamnya manusia menghukum aku tanpa memikirkan perasaan hati kecil ini..Kelu aku untuk berbicara..Hanya tangisan memecahkan kebuntuan yang ada. Setiap air mata yang mengalir hanya untuk mempertahankan dirinya..Walaupun orang kata mempertahankan cinta itu suatu perkara yang bodoh..Aku tidak mengerti akan perasaan itu..Yang aku perlu tahu, dialah yang sangat memahami diri ini..Susah senang kami lalui bersama..

Untuk menyatakan kecurangan yang berlaku tanpa disedari, mungkin aku telah memaafkannya seribu mahupun lebih dari itu tetapi calar yang terpalit di hati ini tidak mungkin dapat mengubah untuk aku melupakannya..Lebih-lebih lagi insan yang terlibat merupakan orang terdekat bagiku..Cukup sekali terkena..Aku jua begitu..Kecurangan yangtelah dapat dihidu suatu hari dulu pasti meninggalkan kesan kepadanya..Sungguh kuatkah dia untuk mempertahankan apa yang telah dibina??Bagiku, sungguhpun orang ketiga muncul tetapi hatinya masih tetap dengan si dia...iaitu perempuan itu..Aku redha dengan itu..Dia telah memberikan aku petunjuk bahawa dia bukanlah yang terbaik bagiku...Teringat kembali 4tahun yang lepas, bagiku perkenalan yang cukup indah akhirnya begini.Sedih.Tidak mungkin aku kembali kepadnya.Memandangkan orang ketiga itu saudara ku sendiri.

Mendapat restu adalah perkara yang sangat aku perlukan...5tahun direstui tetapi kenapa tiba-tiba sahaja mereka suruh memutuskan?Aku tidak faham apakah mereka ini tidakmengerti aku...Memang inginkan yang terbaik..Kedewasaan ini tidak menjadi titik tolak kepada mereka untuk aku membuat keputusan sendiri..Kebebasanku telah disekat...Teknologiku dipantau..Aku semakin rimas dan kesedihan ini kusimpan sehingga satu hari nanti...Akan kuceritakan dan kisahkan kepada mereka bahawa aku sangat menyayangi mereka dan menurut segala kemahuannya..tetapi izinkan aku untuk membuat keputusan yang besar bagi diriku..Aku sanggup menanggung segala risikonya..Aku tahu sekiranya itu, aku akan dipersendakan tetapi janganlah lagi menambah lagi derita hatiku..

Semakin terluka, semakin aku menjadi insan yang tidak berfikir waras..Aku perlu berjumpa dengannya...Panggilanku semakin berkurangan..Meseg ku jua...Tidak mengertikah mereka??Adik-adik yang masih bersekolah bersahaja dengan teknologi dan lelaki2 yang mereka miliki..Tetapi aku??Aku masih berfikir...Masih merenung kesamaran yang ada...Masih mencari permata yang akan membelah kebuntuan...Akan tercatat kah sejarah di mana semua kelukaan berakhir dengan kegembiraan?Atau tercatatkah sejarah kelukaan disusuli dengan keterpaksaan??

Kenangan ku pergi bersama hati ini..Terima kasih A.Slamat tinggal...

16 September 2010

Perkahwinan merupakan ikatan suci yang terbina dari dua hati..Hari ini cerita di tv1 mengisahkan hubungan antara berlainan bangsa. Tapi parents xmerestui sebbnya berlainan bangsa dan agama.. yang India kawan dengan cina dan yang cina pulak kawan dengan melayu..keluarga masing-masing menentang dengan pendirian anak-anak mereka.. Kerisauan mereka menyebabkan terjadinya penghalang antara hubungan yang dibina.. Pada pendapat aku...ta salah sekiranya hubungan terjalin antara berlainan bangsa. tetapi masyarakat atau keluarga terdekat lebih mementingkan agama dan bangsa sendiri untuk sesuatu perkahwinan.. Jika kita lihat di Malaysia banyak perkahwinan campur yang berlaku dan mereka hidup bahagia..Ada anak lagi tu... Yang pasti tidak semestinya perkahwinan berlainan agama ni tidak bahagia..Kesudahan dalam cerita yang dipaparkan adalah sangat sedih...pasangan tu bunuh diri.. =(

::: P E R A M P A S :::

Berkisah tntg perampas ni...aku mule trase nk share sesame la pe y aku ley ckp tntg perampas <3 ...as human..kte xlri dr wat silap..but we can decrease it n b in d rite path when we use our mind..memang agak sukar la 4 sb y brade kat tmpat "dirampas" 2 brbanding ngan kat d other side kan..Bagi aku ble kte kat tmpat "dirampas" 2..at kte ni sakit sgt..xley nk trime knyataan..sdey..kalo bley nk jerit kuat2 kan...mestyla..lgi2 kalo dpt tahu melalui org laen...bkn dr mate kepale sendwi...pedih, perit, xbrmaye, semuala perasaan yang kurang enak & negatif 2 ade kat pale hotak ni..cbe la bygkan org yang korang syg tiba2 je ade yang lagi 1 padahal korg plak tol2 steady n jge dye...mau x meraung seminggu...ape y "dirampas" tue fikirkan agaknye??kurangkah aku di kaca matanya?hebatkah si dia berbanding aku?kenapa mesti dia buat aku begini?semua benda akan berlegar di kepala otak tue...tapi at d same tyme...ur partner pon sepatutnya dipersalahkan..sekiranya dye ta layan pihak yang lagi satu tue,mungkin ta wujud istilah rampas merampas ni...

For the other side plak, kurang enak sket.."perampas"...Bile masyarakat dengar je kan bunyik nye kurang enak dey...tapi hakikatnya memang pon...but this type of person kite ta bley la nak blame 1000% coz may be dye merampas secara tidak sengaja atau sengaja..lorr...gitu plak ek...kalau ppl yang menyedari merampas hak orang lain memang ta patot pun...tapi ikut niat...sekiranya betul2 la ikhlas nak watkan orang yang dirampas tue sebagai teman hidup..bagusla..tapi jangan plak dengan niat tersembunyi...tapi bila da kantoi..tengok plak situasi nya..suda tentu la yang si perampas ni yang kedua or ketiga dan seterusnya..sepatutnya kaji dulu atau pun kalau xsuke blah je trus...ni bagi perampas yang secara tidak disengajakan..cehh..macam puase plak...makan secara tak sengaja...ta batal taw puasa...dan bagi mereka yang sengaja, memang la carik masalah + bala tuk hidup dye ni...

beginikah??sama saiz..pandai cari~~

Contohnya,sorang minah ni kan...dye boleh lah dikategorikan sebagai perampas secara sengaja la kan sebab sepanjang dye berkawan dengan mamat ni,mamat ni slalu la bagi hint kat dye pasal family belah mak dye..tapi sbb ta mempunyai pemikiran yang berpanjangan dan berfikir lanjut, dye men'ignore' sahaja tntg kisah macam mane lah si lelaki ni tahu pasal family dye ni...ta kan la ta terlintas satu bayang pon persoalan di benak fikirannye.. Korang fikir ape perkaitan antara yang terkena & yang membuat ni?Akhirnya perkantoian terjadi setelah emaknye menelefonnya di siang hari..dan bertanyakan tentang si lelaki...si minah ni pulak termesej dengan yang terkena rampas 2 sebab yang terkena rampas tue da tau dulu dan mengambil no hp lagi satu si lelaki ...selamber je dye kate ta bley nak lepaskan si lelaki 2...kesian gax kat yang trkena rampas..da kena tipu 2 tahun oleh sang lelaki 2...kayu 3 4 5 la tue..tapi yang merampas ni bersungguh2 untk mempertahankan chenta hatinya..respect la lu babe!!tapi dengan tenang yang terkena tue menjawab...biarlah si lelaki yang membuat keputusan..dye akur sahaja..itu bagi orang yang tenang..tapi kalo plak kena minah yang ala2 "geng star" 2...mesti terkeluar ayat2 power dari mulut dye..ta pon mesej berjela2 panjang..

Untuk yang terkena tue..memanglah pedey...cube kite tenangkan hati...kenape Allah nak uji kite macam ni...mungkin ade hikmahnya yang kita manusia ta taw..mungkin ujian ini nak menguji betapa kuatnya iman kite kepadaNya..*(jadi ustazah joyah jap)*tapi pepatah melayu kate,kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..berkuntum2...tggal ta taw la bunga tu harum subur ke tidak...banyak2 la bersabar...ermm..bile merenung skjap...aku teringat plak owng putey cakap "what's goes around, comes around"..nanti si perampas tu yang akan kena balek taw...harap2 la ta kan???tapi bile da terkena barulah nak falsh back balek..oohhh aku dulu gini, gitu, itu, ini...macam2...baru kau rase macam mane...Aku teringat pulak cer Ular Emas kat TV3 tu petang2...y lelaki 2 da terlampau taksub ngan gul bomoh rambut babydoll 2(kunun) jadik sanggup ta nampak permata di depan matanya sebaliknya nampak pasir jek...nak maen rampas merampas suami orang...

ermm..tetapi masing2 ade pemikiran tersendri kan...bile aku semak balek xdepon hadis yang cakap pasal Payung Emas...erm susa gak kan...Janganlah selalu merampas kerana satu hari kita akan jadik orang yang dirampas 2..oleh itu, tidak semudah yang disangka...dunia sekarang bayar cash jer...

15 September 2010

~~NO TITLE~~

skunk ny rse bsn lak...adeq2 sume ta de...sume skolh ngn kje...cuti ni lme lak..smpi khamis..ermm...asgmnt cam lalu je kt pale otak..tp xtrlntas pon nk wat...hampehhh...jdik ank tgl...pro n cons la~~ mesty bsn kn spe y ta de adeq..na wat pape mesty nk pk nk crik spe...

smbel blogg ni lyn le lg sehati sejiwa..memandgkan ak ni jns owg y ala2 jwg sket...2 jela lgu y ak rse sesuwai ngn jwe ak skunk ni..padahal manyk ag lgu y ley ak dgr...*gedix jek lbey...so...ak kak le FB y mmg le xlekang nk dbukak..ak rse owg y wt FB ni da psg mantera kot...rmai owg gle2 ske kak FB ni...mb ad y wat biz thru FB..na nal s1...na cr netwrkg..na rpt silaturrahim..n mcm2 ag la...tp depends lorr...pe niat ko nk kak FB...law i mcm2 niat ad..nengok la situation mse 2...law rse nk haplud pisher ak haplud la~~...mcm ketgh plak d wat nye oh FB  uittt!!! so ak pown rse nk blogg...tp taw nk cer pe...agax bsn sdkt ak niey...tbe2 rse nk cte sket psl sosilawati n d geng...cian bebenaw ak nengok kt tv ni...smpi cm2 skali...KEJAM!!! kot ye pon ko nk wit dye..xyala nk bakr dyowg...dyowg de fmly...cian la...sdey gax ak nengok tv...dasarrr.....zmn skunk ni mcm2...akot plax ak...mntk le djauhkan...
then tgk kt newppr pon byk jek xcdnt la...mati...bnh...rgl...mcm2...smpai da ta lrt rsenye dyowg nk tuley....muakkkkkk!!!np la ek...
papepun...pk la sblm wat sesuatu nakkk oiii...*psnn mak joyah car washh~~


01 September 2010

ME DenIsha

its bout me wif my feeling dat arousing weird..dunno y dis ol hppen...without realize...capet d wat nye..in DILEMA..dua2 pon klo suh org pley...dua2 pown kna reJECt..huh...nseb...troknye ak ni....WEIRD!!my fwenz da warng..bt np ak still ley let it go...cam simbh air kat daun kladi jek..

ley ke ak thn ngn skp dye...since i hv relation wif him..i juz be so pendiam..xde baran2 ag..xtaw..ak telan jek sume y dye ckp..nP ni DEnisHa??*&^%$*#..