27 September 2010

Episod Luka Itu

Pedih skali hati ini untuk berbicara..tak terungkap segala-galanya..Apa yang aku rasa sekarang ini tidak aku pasti apakah seterusnya diari hatiku akan tertulis. Walau bagaimanapun, aku tetap tabah mengikuti jejak hati ini. Mungkin ini sudah takdir aku dengan dia. Kenapa perlu aku merintih dan menangis sedangkan perkenalan itu hanya berbunga selama tiga bulan sahaja?Ada kerinduan di situ.Ada kasih sayang di situ.Namun aku akur dengan kehendaknya.Tapi aku tidaklah semurah yang dikatakan.Kata-kata yang dilontar membuatkan jiwa aku berdarah tanpa henti. Ada duri di situ.Aku tidak seperti yang disangka. Mungkin kerinduan dan kasih sayang, ada noktah yang hadir.

Walhal, sedang hati berbaja subur, mengapa kelukaan ini yang perlu aku hadapi. Teringat kembali di awal pertemuan yang tak mungkin aku jangkakan. Bila keresahan melanda, kan kutatap segala gambarnya.Walaupun dia sudah berkeluarga, tidak mengerti mengapa hati ini ingin memiliki kasih yang sudah tentu kepunyaan orang lain. Tidak mengerti mengapa hati ini bersedia untuk berkongsi kasih sayang.,Ya..aku ingin memiliki dia.Bukan kerana hartanya, bukan kerana rupanya.Tetapi aku ingin memilikinya kerana jiwanya, kasih sayangnya dan juga hati budinya. Bukan kerana dia dan hartanya. Tapi apakan kuasa yang aku miliki.Tidak sesempurna insan lain, aku terpaksa akur yang dia mungkin bukan takdirku. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku dan melayan segala karenah aku.


Tetapi ada hujan yang turun dari mata ini. Bergenang seperti lautan yang mempunyai jutaan liter air. Bagaimana untuk aku teruskan hidup ini. Aku bahagia bersamanya berbanding insan yang dulu aku pernah cintai, A. Tetapi sebenci mana pun N dengan aku, aku akan tetap menyayangi dirinya. Merindui dan mengasihi dirinya. Akan aku bawa hati ini. Tidak sabar rasanya untuk aku keluar dari segala-galanya. Sabar ye Manisah. Mungkin ini takdirmu. Ye.Suatu hari aku ingin kembali kepada dirinya. Dan pada masa itu, mungkin jua diri ini ada kelemahan yang telah diperbaiki.. Terimalah aku seadanya..

No comments:

Post a Comment